LASIS JUARA DEBAT PMAPIUM (Hari Graduasi APIUM)  

Posted by admin multimedia in

15hb Ogos 2009, Kuala Lumpur - Lajnah Siasah Syar'iyyah(LASIS) yang diwakili oleh tiga orang pelajar Jabatan Siasah Syar'iyyah iaitu Zahiruddin, Mazmil dan Mastura telah berjaya merangkul gelaran sebagai juara dalam debat PMAPIUM. Debat yang bertajuk "Graduan APIUM Sekadar Keputusan, Antara Kualiti dan Kuantiti. Adakah Kita Yang Terbaik?" telah menemukan LASIS dengan pelajar dari Jabatan syariah Undang-Undang, APIUM.

Dalam debat tersebut LASIS diletakkan sebagai pencadang (kerajaan) manakala JSU sebagai pembangkang. Debat tersebut yang telah dimulakan oleh saudara Zahiruddin sebagai ketua pencadang telah menggoyahkan pihak lawan. Perdebatan semakin sengit apabila pihak pembangkang bersetuju dengan kenyataan pihak pencadang yang bahawasanya graduan APIUM adalah yang terbaik.

Pelbagai sudut telah disentuh dan diolah oleh kedua-dua pihak. Akhirnya, perdebatan yang berlangsung selama sejam itu akhirnya pihak pencadang telah menambat hati pihak juri yang terdiri daripada Ustaz Raja Hishamuddin, Istajib(Graduan APIUM)dan juri jemputan untuk dinobatkan sebagai juara DEBAT PMAPIUM sempena hari garduasi APIUM.
Baca Lagi

This entry was posted on Friday, September 4, 2009 at 11:33 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment