.: MAHAsiswa UM Sambut PRK 25 Jan 2010:.  

Posted by admin multimedia in


Oleh G. Manimaran(themalaysianinsider.com)

KUALA LUMPUR, Jan 19 — Kira-kira 70,000 pelajar melibatkan enam universiti awam akan mengundi pada pilihan raya kampus serentak hari yang sama minggu depan, satu keadaan yang agak berlainan berbanding sesi pengajian lalu.

Keenam-enam universiti terbabit akan mengadakan pengundian secara serentak pada 28 Jan.

Mereka merupakan pelajar Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Perguruan Sultan Idris dan Universiti Putra Malaysia.

Perkembangan itu dijangka akan memberi impak ke atas keputusan pemilihan kali ini.

Malah buat pertama kali pelajar Universiti Malaya akan mengundi menggunakan sistem pengundian elektronik (e-undi).

“Sejak hari pengundian secara berperingkat-peringkat diperkenalkan bermula sesi pengajian 2008/09, ini kali pertama sejumlah universiti awam mengadakan pemilihan serentak pada hari yang sama.

“Sebab pengurusan universiti-universiti ini mengambil langkah ini, kami tidak pasti... kami tidak tahu,” kata Pengerusi kumpulan Pro-Mahasiswa, Mohd Shafie Hashim ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Penamaan calon pemilihan bagi universiti-universiti berkenaan akan berlangsung pada 25 Jan dan disusuli dengan hari mengundi pada 28 Jan.

Setakat ini Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan pilihan raya masing-masing. Pilihan raya kampus UMT berlangsung kelmarin.

Universiti Sains Malaysia juga dipercayai akan mengadakan pilihan raya kampus untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada 28 Jan.

Sebelum sesi pengajian 2008/09, institusi pengajian tinggi awam mengadakan pilihan raya kampus pada semester pertama pada hari yang sama.

Bagaimanapun ia berubah selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Dengan itu, universiti-universiti diberi kebebasan untuk memilih tarikh sendiri sama ada pada bulan Oktober (semester pertama) ataupun Januari semasa semester kedua.

Mohd. Shafie juga berkata pihaknya tidak menjangkakan pengurusan-pengurusan universiti terbabit akan memilih tarikh yang sama.

Dalam pilihan raya kampus kelmarin, kumpulan Pro-Mahasiswa memecahkan tradisi penguasaan MPP dengan memenangi pilihan raya kampus UMT.

Kumpulan Pro-Mahasiswa menguasai 11 daripada 12 kerusi MPP yang dipertandingkan.

Ini kali pertama kumpulan itu menguasai majoriti MPP yang menawarkan 12 kerusi melibatkan empat fakulti.

MPP UMT sepanjang empat sesi pengajian lalu dikuasai kumpulan Pro-Aspirasi.

MPT merupakan antara IPT awam baru ditubuhkan di negara ini.

Pro-Mahasiswa dan pro-Aspirasi merupakan dua ikatan tidak formal utama mewakili pelajar-pelajar IPTA dalam pilihan raya kampus IPTA. Kumpulan Pro-Aspirasi dilabelkan sebagai ikatan menyokong prinsip perjuangan politik kerajaan persekutuan manakala Pro-Mahasiswa dilihat mempunyai pendirian yang bertentangan.

Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa, melibatkan 14 universiti awam, telah melancarkan Misi-10 iaitu sasaran menawan kampus dalam pilihan raya MPP yang berlangsung mulai bulan ini.

Selain UMT, universiti yang diwakili kumpulan Pro-Mahasiswa itu setakat ini ialah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia, Universiti Tenaga Malaysia, Universiti Industri Selangor, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Tun Hussein Onn dan Universiti Utara Malaysia.

MiSi-10 merupakan gabungan barisan yang diketuai oleh Pro-Mahasiswa berganding bahu bersama badan mahasiswa yang lain iaitu SMM, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Pergerakan Pemuda dan Pelajar Demokratik (Dema), Kesatuan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Skrikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA) dan Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting (Bantah).

Kumpulan itu juga menuntut agar pengurusan universiti membenarkan kehadiran ejen pemantauan dari luar sepanjang pemilihan kampus diadakan.


:: ehsan the malaysian insider::


Sambung Disini

.: REALisme :.  

Posted by admin multimedia in

REALisme merupakan teori yang menekankan negara @ state merupakan aktor terpenting dan bersifat rasional. Hubungan antarabangsa terbentuk daripada tindakan dan interaksi aktor negara. Bagi realisme manusia sememangnya dilahirkan dengan sifat tamak dan itu telah mencerminkan kelakuan negara dan telah menyebabkan perang sering berlaku.

Setiap negara perlu mewujudkan pertahanan dan keamanan negaranya dan negara akan menambah kekuatan militerinya. Perdamaian hanya boleh diperolehi daripada 'balance of power'.

Morality tetap wujud, namun ia bukan matlamat tetapi ia digunakan untuk mencapai objektif (matlamat). Sifat manusia itu mencerminkan dalam kelakuan Negara. Ia tidak memetingkan Negara-negara lain tetapi memetingkan akan Negara(national interest). Sesebuah Negara sanggup melancarkan peperangan kerana untuk mencapai matlamatnya.

Tokoh-tokoh utama kalsikal realisme


Thucydides
Machiavelli
E.H Carr
Morgenthau

menurut klasikal realism, Negara-negara adalah satu-satunya pelaku Negara. Pelaku –pelaku yang lain adalah extension (kesinambungan) kepada Negara. Selain daripada itu, kekuatan sebuah Negara diukur melalui kekuatan militari. Ia telah lama wujud, unsur-unsur ia boleh diperhatikan sejak SM. Menurut tokoh klasikal realisme seorang pemimpin yang berkaliber ialah pemimpin yang mempunyai sifat licik seperti serigala, menakutkan seperti singa.

Menurut tokoh realism, idealism terlalu bersifat normative mengkaji dari sudut apa yang sepatutnya padahal cara yang lebih sesuai ialah mangkaji apa yang sebenarnya. Daripada itu, maka timbul (realism).

Realism telah mengalami beberapa kritikan antara kritikan yang diterima oleh realism maka timbullah funcationalisme.


Sambung Disini

Ciri-Ciri Pendekatan IDEALISME...  

Posted by admin multimedia in


Presiden Woodrow Wilson

Pendekatan idealisme merupakan satu usaha untuk menjadikan sesuatu pendekatan itu bersifat realiti. Pendekatan ini bermula semasa revolusi Perancis dan Amerika. Ianya mula berkembang mulai 1918 iaitu di era perang dunia pertama. Pendekatan ini lebih bersifat idealistik dan mengutamakan pandangan mereka dalam mencorakkan hubungan antarabangsa.

Pendekatan Idealisme mempunyai 3 ciri utama dalam menentukan disiplin dalam hubungan antarabangsa. 3 ciri itu ialah moralistik, normatif dan legalistik. Moralistik dalam idealisme memetingkan konsep kerjasama serta pemupukan nilai-nilai murni dalam negara. Normatif pula lebih kepada norma-norma dan kebiasaan adat dalam masyarakat. Manakala .legalistik memupukan dan mementingkan undang-undang dalam negara

Golongan idealisme percaya bahawa manusia dilahirkan baik dan kebaikan itu mestilah dikekalkan melalui pemupukan amalan yang baik dalam diri mereka. Oleh itu, perlunya persekitaran antarabangsa yang sempurna dan baik supaya manusia sentiasa terdedah dengan persekitaranyang baik. Maka keperluan kepada pendidikan juga penting bagi mewujudkan kesedaran kepada manusia bagaimana untuk mewujudkan persekitaran yang sempurna.

Selain itu juga, peraturan merupakan elemen penting dalam pendekatan ini. Peraturan yang terdiri daripada undang-undang antarabangsa sangat penting bagi menjamin persekitaran yang baik dengan mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Pendekatan Idealisme memetingkan kepentingan bersama dan negara - negara akan berusaha bersam-sama serta mengelakkan persaingan yang tidak sihat antara satu sama lain. Oleh itu, bagi mengelakkan persaingan antara negara, Presiden Woodrow Wilson, salah seorang golongan Idealisme telah menyarankan dalam cadangan ke-14 perjanjian Versail, supaya ditubuhkan sebuah organisasi antarabangsa bagi menggalakkan kerjasama antara negara-negara dan menjadi satu badan pemantau terhadap aktiviti negara supaya negara-negara tidak bertindak di luar batasan. Melalui cadangan inilah tertubuhnya "Liga Bangsa".


Sambung Disini