15hb Ogos 2009, Kuala Lumpur - Lajnah Siasah Syar'iyyah(LASIS) yang diwakili oleh tiga orang pelajar Jabatan Siasah Syar'iyyah iaitu Zahiruddin, Mazmil dan Mastura telah berjaya merangkul gelaran sebagai juara dalam debat PMAPIUM. Debat yang bertajuk "Graduan APIUM Sekadar Keputusan, Antara Kualiti dan Kuantiti. Adakah Kita Yang Terbaik?" telah menemukan LASIS dengan pelajar dari Jabatan syariah Undang-Undang, APIUM.
Dalam debat tersebut LASIS diletakkan sebagai pencadang (kerajaan) manakala JSU sebagai pembangkang. Debat tersebut yang telah dimulakan oleh saudara Zahiruddin sebagai ketua pencadang telah menggoyahkan pihak lawan. Perdebatan semakin sengit apabila pihak pembangkang bersetuju dengan kenyataan pihak pencadang yang bahawasanya graduan APIUM adalah yang terbaik.
Pelbagai sudut telah disentuh dan diolah oleh kedua-dua pihak. Akhirnya, perdebatan yang berlangsung selama sejam itu akhirnya pihak pencadang telah menambat hati pihak juri yang terdiri daripada Ustaz Raja Hishamuddin, Istajib(Graduan APIUM)dan juri jemputan untuk dinobatkan sebagai juara DEBAT PMAPIUM sempena hari garduasi APIUM.
Baca Lagi
This entry was posted
on Friday, September 4, 2009
at 11:33 AM
and is filed under
Buletin
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.
Dari Meja Admin
- admin multimedia
- Assalamualaikum.. blog JSS ini merupakan dibawah selian Exco Publisiti dan Multimedia LASIS 09/10. Dan buat julung kalinya Jabatan Siasah Sayr'iyyah mempunyai blog mereka sendiri. Kami dari pihak Admin mengharapkan segala komen dan cadangan yang bernas dari rakan dan kalian semua. terima kasih
Artikel
Followers
Mutiara BerHarga
Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya.
~Umar Abd Aziz~
~Umar Abd Aziz~