Morality tetap wujud, namun ia bukan matlamat tetapi ia digunakan untuk mencapai objektif (matlamat). Sifat manusia itu mencerminkan dalam kelakuan Negara. Ia tidak memetingkan Negara-negara lain tetapi memetingkan akan Negara(national interest). Sesebuah Negara sanggup melancarkan peperangan kerana untuk mencapai matlamatnya.
Tokoh-tokoh utama kalsikal realisme


menurut klasikal realism, Negara-negara adalah satu-satunya pelaku Negara. Pelaku –pelaku yang lain adalah extension (kesinambungan) kepada Negara. Selain daripada itu, kekuatan sebuah Negara diukur melalui kekuatan militari. Ia telah lama wujud, unsur-unsur ia boleh diperhatikan sejak SM. Menurut tokoh klasikal realisme seorang pemimpin yang berkaliber ialah pemimpin yang mempunyai sifat licik seperti serigala, menakutkan seperti singa.
Menurut tokoh realism, idealism terlalu bersifat normative mengkaji dari sudut apa yang sepatutnya padahal cara yang lebih sesuai ialah mangkaji apa yang sebenarnya. Daripada itu, maka timbul (realism).
Realism telah mengalami beberapa kritikan antara kritikan yang diterima oleh realism maka timbullah funcationalisme.
Sambung Disini
Sambung Disini
Ayuh Kita Teroka, Apakah Jenis Kepimpinan Anda. Samada ianya lebih kepada seorang pengarah, pemimpin atau ketua? Kita akan mengenalinya berdasarkan kepada cara pemilihan, sasaran, anggota, kekuasaan dan hubungan.
PEMILIHAN :
Pemimpin : Muncul dari dalam jemaah berdasarkan pengakuan spontan dari para anggotanya.
Ketua : Datang kerana suatu sistem dan bukan hasil pengakuan spontan.
Pengarah : Ia memperoleh jawatannya melalui pelantikan.
SASARAN :
Pemimpin : Bekerja untuk mewujudkan sasaran sepertimana yang dibentuk oleh jemaah.
Ketua : Bekerja untuk mewujudkan sasaran yang ia tentukan sesuai batas-batas kepentingannya.
Pengarah : Targetnya meraih kekayaan atau kehormatan.
ANGGOTA :
Pemimpin : Para anggota memilih pemimpin dan mereka menjadi pengikut.
Ketua : Para bawahan tidak dapat dikatakan sebagai pengikut, sebab mereka tidak menerima kekuasaan ketua sebagai pilihan mereka.
Pengarah : Kita tidak menyebut para anggota sebagai pengikut atau bawahan.
KEKUASAAN :
Pemimpin : Kekuasaan pemimpin adalah pilihan spontan dari anggota jemaah.
Ketua : Kekuasaan ketua datang dari kekuasaan luar jemaah.
Pengarah : Kadang kekuasaam itu datang dari anggota yang paling tua atau lebih senior.
HUBUNGAN :
Pemimpin : Seorang pemimpin berusaha bergaul dan bercampur dengan pengikutnya.
Ketua : Ada jurang dan jarak social yang sengaja dibuat antara ketua dengan orang bawahan.
Pengarah : Hubungannya berpandukan etika dan terikat dengan tugas.
Sambung Disini
Tidak dapat dinafikan bahawa manusia memerlukan kepada ketua. Tiada satu proses pekerjaan pun yang dapat berjalan tanpa ada ketua. Menafikan pernyataan ini umpama berada di dunia khayalan dan bertentangan dengan fitrah manusia.
Digambarkan pada kedatangan Rasulullah s.a.w. sebagai ketua. Sebagaimana dalam Firman Allah Ta’ala, bermaksud :
“Dan Sesungguhnya Kami telah mengutuskan seorang rasul pada tiap umat (untut menyerukan); “Sembahlah Allah (semata-mata), dan jauhilah thagut itu….”(Surah An-Nahl : 36)
Bererti dalam ayat tersebut, Allah menyatakan bahawa Rasulullah sebagai pemimpin utama kepada umatnya dengan dipertanggungjawabkan untuk menyeru kepada Allah. Bermula pada titik ini, membuktikan bahawa manusia itu memerlukan kepada Pemimpin/Ketua/Khalifah/Imam/Amir.
Kepimpinan yang diminta dalam Islam adalah untuk merealisasikan khilafah di muka bumi, demi mewujudkan kebaikan dan proses pengislahan terhadap umat di dunia. Ulama’ bersependapat bahawa kewujudan al-Qiyadah merupakan salah satu tiang agama, tanpanya agama tidak akan sempurna.
Dalam kitab Siyasah Syar’iyyah, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan ;
“Wajib diketahui bahawa mentadbir perkara manusia termasuk kewajipan agama teragung, bahkan agama tidak bernilai tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan umat manusia hanya akan dicapai dengan sempurna melalui perkumpulan, kerana satu sama lain saling memerlukan. Dan ketika berkumpul, mereka harus memiliki pemimpin.”
Kepimpinan yang dapat mencapai Khilafah Islamiyah adalah kepimpinan yang berpengaruh dan berkesan dengan mampu menunaikan tugasnya iaitu memberikan arahan dan petunjuk, mewujudkan sasaran jemaah, melakukan pengembangan dan pengukuhan kualiti jemaah, serta menjaga kesatuannya. Dan jenis kepimpinan yang paling khusus adalah kepimpinan bersifat mendidik (al-Qiyadah at-Tarbawiyyah).
bersambung.................
Sambung Disini
Ta’rif Nilai :
– Ditakrif sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.
– Kepercayaan yang boleh mendorong seseorang atau organisasi untuk bertindak mengikut nilai-nilai utama sesebuah masyarakat iaitu ilmu, kebijaksanaan, keadilan dan kecekapan.
– Pegangan yang mendorong seseorang atau organisasi untuk bertindak
• Rangka tanggapan yang membentuk dan mempengaruhi tingkahlaku
• Nilai boleh dikategorikan berasaskan agama, budaya, etika dan juga moral
Matlamat
• Matlamat pembentukan sikap dan amalan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam bertujuan
― meninggikan prestasi/kualiti ...
― melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab, bermoral & beretika
• Nilai/sikap berkait rapat dengan manusia yang menjadi aset sesuatu organisasi itu
• Pengenalan program yang berkaitan dengan nilai dan sikap memberi kesan dalam kemajuan perkhidmatan awam
Kepentingan
Sistem nilai penting untuk menunjukan:
→ perlakuan dan tindakan
→ asas kepada pembentukan sikap, tanggapan, motivasi dan personaliti
→ pengaruh yang kuat kepada kemajuan bangsa dan negara
Menurut Pandangan Islam
Secara umum, memperlihatkan sesuatu yg baik itu adalh selari dgn fitrah manusia.
Percaya bhw manusia dilahirkan dalam keadaan suci & suka kepada yang baik.
Potensi jd baik lebih banyak berbanding jahat@buruk.
Kata tentera Muslim Madina :
“Kami ini pulang dari al-Jihadul-Asrar (Peperangan Kecil) dan kembali untuk menghadapi al-Jihadul-Akbar (Peperangan Besar)
STRATEGI:
1. Membetulkan
2. Mencegah
3. Membina
Nilai-Nilai
• Taat Setia
• Amanah, Bersih, Jujur
• Bertanggungjawab
• Berkecuali
• Adil dan saksama
• Prestasi yang cemerlang
• Ketepatan masa
• Perkhidmatan ramah dan mesra
• Berjimat cermat
TELAH DIBENTANGKAN OLEH MOHD SAYUTI , JABATAN SIASAH SYARIYYAH DALAM TUTORIAL
ETIKA PENTADIR AWAM ISLAM
PADA 10 SEPTEMBER 2009
Sambung Disini
Bai'ah adalah suatu yang sangat penting didalam kepimpinan islam. bai'ah bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng oleh ahli-ahli jemaah Islam. Bahkan Bai'ah merupakan tali yang perlu diikat dengan utuh dan kukuh demi menjamin kelansungan kepimnpinan Islam itu sendiri.
Definisi Bai'ah
Perkataan Baiah berasal dari perkataan (باع), masdar atau kata terbitannya ialah (بيع) yang bererti jual. Menurut ensiklopedia Islam (edisi Bahasa Inggeris), Bai'ah merupakan suatu pilihan raya bangsa arab yang memberi kuasa pemerintahan kepada seseorang yang digelar AMIR. Manakala menurut Ibn Khaldun, Bai'ah ialah perjanjian taat setia yang mana orang yang berbai'ah atau pun bersumpah setia kepada pemimpin
Menurut Kamis Lisan Al-Arab mentakrifkan jualan adalah lawan kepada pembelian. Al-Mufradat pula, makna barang yang diwangkan atau pun mengambil bayaran. Asal Bai'u bermaksud tanda persepakatan suatu barang jual beli antara dua pihak yang kemudiannya berkembang
Sambung Disini
Dari Meja Admin
- admin multimedia
- Assalamualaikum.. blog JSS ini merupakan dibawah selian Exco Publisiti dan Multimedia LASIS 09/10. Dan buat julung kalinya Jabatan Siasah Sayr'iyyah mempunyai blog mereka sendiri. Kami dari pihak Admin mengharapkan segala komen dan cadangan yang bernas dari rakan dan kalian semua. terima kasih
Menu
- Buletin
- Kertas Kerja Pembentangan
- Latar Belakang
Followers
Mutiara BerHarga
~Umar Abd Aziz~



