Laporan Awal Kegiatan Pelajar Siasah  

Posted by admin multimedia in

Pada 8/10/2009 , 5.00 P.M. :

Program APK yang dijalankan oleh pelajar Siasah Syariyyah tahun 2 menampakkan hasilnya. Peserta menjual barangan kemas wanita seperti kerongsang, gelang dan subang. Selain daripada itu, terdapat juga pakain-pakaian yang dijual di gerai 42 antaranya Jubah wanita, T-shirt (wanita), Baju Kurung ala-ala datin dan towel. Disamping itu, produk kesihatan juga turut dijual iaitu produk HPA : Koko Radix, Kopi Radix, Kordial dan byk lagi. Produk kesihatan lain juga turut dijual, antaranya losyen herba sireh,losyen mustajab limau, sireh slim dan sireh puteri serta banyak lagi.


Tidak cukup dengan barangan-barangan eksesori, mereka juga mencuba untuk menjual Nasi Katok, Kentang Sarawak, dan lain-lain lagi. Turut hadir memeriahkan penjualan mereka ialah pelajar-pelajar dari tahun 3 iaitu Mazmil, Loqman, Fauzan, Habibah, Yusfaridah dan ramai lagi. Mereka juga mengharapkan kemeriahan penjualan mereka diteruskan dengan sambutan daripada pelajar tahun 1.

Salah seorang daripada peserta berkata :

Kalau nak losyen, barang HPA, herba-herba, semuanya ada di sini. Datang la....hehehehe...

This entry was posted on Thursday, October 8, 2009 at 4:05 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment