Al-Qiyadah dalam Islam  

Posted by admin multimedia in


Tidak dapat dinafikan bahawa manusia memerlukan kepada ketua. Tiada satu proses pekerjaan pun yang dapat berjalan tanpa ada ketua. Menafikan pernyataan ini umpama berada di dunia khayalan dan bertentangan dengan fitrah manusia.

Digambarkan pada kedatangan Rasulullah s.a.w. sebagai ketua. Sebagaimana dalam Firman Allah Ta’ala, bermaksud :

“Dan Sesungguhnya Kami telah mengutuskan seorang rasul pada tiap umat (untut menyerukan); “Sembahlah Allah (semata-mata), dan jauhilah thagut itu….”(Surah An-Nahl : 36)

Bererti dalam ayat tersebut, Allah menyatakan bahawa Rasulullah sebagai pemimpin utama kepada umatnya dengan dipertanggungjawabkan untuk menyeru kepada Allah. Bermula pada titik ini, membuktikan bahawa manusia itu memerlukan kepada Pemimpin/Ketua/Khalifah/Imam/Amir.

Kepimpinan yang diminta dalam Islam adalah untuk merealisasikan khilafah di muka bumi, demi mewujudkan kebaikan dan proses pengislahan terhadap umat di dunia. Ulama’ bersependapat bahawa kewujudan al-Qiyadah merupakan salah satu tiang agama, tanpanya agama tidak akan sempurna.

Dalam kitab Siyasah Syar’iyyah, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan ;

“Wajib diketahui bahawa mentadbir perkara manusia termasuk kewajipan agama teragung, bahkan agama tidak bernilai tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan umat manusia hanya akan dicapai dengan sempurna melalui perkumpulan, kerana satu sama lain saling memerlukan. Dan ketika berkumpul, mereka harus memiliki pemimpin.”

Kepimpinan yang dapat mencapai Khilafah Islamiyah adalah kepimpinan yang berpengaruh dan berkesan dengan mampu menunaikan tugasnya iaitu memberikan arahan dan petunjuk, mewujudkan sasaran jemaah, melakukan pengembangan dan pengukuhan kualiti jemaah, serta menjaga kesatuannya. Dan jenis kepimpinan yang paling khusus adalah kepimpinan bersifat mendidik (al-Qiyadah at-Tarbawiyyah).

bersambung.................

This entry was posted on Tuesday, October 6, 2009 at 6:09 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment