Solat Hajat Perdana  

Posted by admin multimedia in

Tajuk : PROGRAM MOTIVASI & SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA PEPERIKSAAN (RESTU 09)

Tarikh : 21 / 10 / 2009

Masa : 6.30 P.M. - 10.00 P.M.

Tempat : SURAU AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

Agenda : Solat Maghrib, Ceramah oleh Ustaz Kamil, Ucapan Wakil Pelajar, Solat Isyak, Solat Hajat, Majlis Bersalaman dan Jamuan

DIJEMPUT MEMERIAHKAN MAJLIS YANG BARAKAH INI


Sambung Disini

APAKAH ANDA SEORANG PEMIMPIN?  

Posted by admin multimedia in

Ayuh Kita Teroka, Apakah Jenis Kepimpinan Anda. Samada ianya lebih kepada seorang pengarah, pemimpin atau ketua? Kita akan mengenalinya berdasarkan kepada cara pemilihan, sasaran, anggota, kekuasaan dan hubungan.

PEMILIHAN :

Pemimpin : Muncul dari dalam jemaah berdasarkan pengakuan spontan dari para anggotanya.
Ketua : Datang kerana suatu sistem dan bukan hasil pengakuan spontan.
Pengarah : Ia memperoleh jawatannya melalui pelantikan.

SASARAN :

Pemimpin : Bekerja untuk mewujudkan sasaran sepertimana yang dibentuk oleh jemaah.
Ketua : Bekerja untuk mewujudkan sasaran yang ia tentukan sesuai batas-batas kepentingannya.
Pengarah : Targetnya meraih kekayaan atau kehormatan.

ANGGOTA :

Pemimpin : Para anggota memilih pemimpin dan mereka menjadi pengikut.
Ketua : Para bawahan tidak dapat dikatakan sebagai pengikut, sebab mereka tidak menerima kekuasaan ketua sebagai pilihan mereka.
Pengarah : Kita tidak menyebut para anggota sebagai pengikut atau bawahan.

KEKUASAAN :

Pemimpin : Kekuasaan pemimpin adalah pilihan spontan dari anggota jemaah.
Ketua : Kekuasaan ketua datang dari kekuasaan luar jemaah.
Pengarah : Kadang kekuasaam itu datang dari anggota yang paling tua atau lebih senior.

HUBUNGAN :

Pemimpin : Seorang pemimpin berusaha bergaul dan bercampur dengan pengikutnya.
Ketua : Ada jurang dan jarak social yang sengaja dibuat antara ketua dengan orang bawahan.
Pengarah : Hubungannya berpandukan etika dan terikat dengan tugas.


Sambung Disini

Laporan Awal Kegiatan Pelajar Siasah  

Posted by admin multimedia in

Pada 8/10/2009 , 5.00 P.M. :

Program APK yang dijalankan oleh pelajar Siasah Syariyyah tahun 2 menampakkan hasilnya. Peserta menjual barangan kemas wanita seperti kerongsang, gelang dan subang. Selain daripada itu, terdapat juga pakain-pakaian yang dijual di gerai 42 antaranya Jubah wanita, T-shirt (wanita), Baju Kurung ala-ala datin dan towel. Disamping itu, produk kesihatan juga turut dijual iaitu produk HPA : Koko Radix, Kopi Radix, Kordial dan byk lagi. Produk kesihatan lain juga turut dijual, antaranya losyen herba sireh,losyen mustajab limau, sireh slim dan sireh puteri serta banyak lagi.


Tidak cukup dengan barangan-barangan eksesori, mereka juga mencuba untuk menjual Nasi Katok, Kentang Sarawak, dan lain-lain lagi. Turut hadir memeriahkan penjualan mereka ialah pelajar-pelajar dari tahun 3 iaitu Mazmil, Loqman, Fauzan, Habibah, Yusfaridah dan ramai lagi. Mereka juga mengharapkan kemeriahan penjualan mereka diteruskan dengan sambutan daripada pelajar tahun 1.

Salah seorang daripada peserta berkata :

Kalau nak losyen, barang HPA, herba-herba, semuanya ada di sini. Datang la....hehehehe...


Sambung Disini

KEGIATAN PELAJAR SIASAH  

Posted by admin multimedia in

ACARA : ASAS PEMBUDAYAAN DAN KEUSAHAWANAN
TARIKH : 8 - 9/10/2009
MASA : 9.00 A.M. - 5.00 P.M.
TEMPAT : GERAI 42, GAZEBO KOMPLEKS PERDANA SISWA, UNIVERSITI MALAYA
PESERTA : PELAJAR SIASAH TAHUN 2

BARANG JUALAN :

LOSYEN HERBA SIREH
WARISAN PUTERI


SIREH SLIM
COLLAGEN GEL
SERI PUTERI
SIREH SPA
XANZWHITE

KAIN TUALA
BAJU
KAIN TUDUNG (HANYA UNTUK WANITA)


BARANGAN HPA :

KOKO RADIX
LOSYEN MUSTAJAB LIMAU
HALIA
SABUN SUSU KAMBING
KORDIAL
KOPI RADIX
AROMA MASSAGE


PELBAGAI BARANGAN LAGI YANG TERDAPAT DI SINI!!!
HERBA??? LOSYEN??? MAKANAN??? MINUMAN???
SEMUANYA ADA, MURAH PULAK TU..................
!!! DATANGLAH BERAMAI-RAMAI !!!!


Sambung Disini

Jamuan Raya AidilFitri  

Posted by admin multimedia in

MAKLUMAN PENTING!!!

Tajuk : JAMUAN RAYA AIDILFITRI
Tarikh : 19/10/2009 (ISNIN)
Masa : 10.00 pg - 1.00 ptg
Tempat : Bilik Kakitangan (Sebelah Kafetaria)
Juadah : Nasi Tomato, Nasi Himpit, Satay, Kuah Kacang, Buah-buahan dan Minuman (oren/sirap/sarsi)
Pakaian : Baju Raya

JEMPUT DATANG KEPADA YANG BERGELAR AHLI LAJNAH SIASAH SYAR'IYYAH

!!! MAI BERAMAI-RAMAI !!!

"Godok Kupat Neng Ngisor Ondo, Godonge Nipah Di Gawae Atep, Salah Silap Ku Njaluk Ngapuro, Ketemu Neng Jamuan Royo Aidilfitri"


Sambung Disini

KURSUS SIASAH SYAR'IYYAH  

Posted by admin multimedia in

Kursus Teras Wajib :

Pengantar Sains Politik
Pegantar Politik Islam
Kaedah-kaedah Siasah Syar'iyyah
sejarah Pemikiran Politik Moden
Pentadbiran Politik dan Masyarakat Malaysia
Institusi Politik Islam
Pemikiran Politik Islam Perbandingan
Pentadbiran Kakitangan dan Organisasi
Perhubungan Antarabangsa Islam
Pentadbiran dan Dasar Awam Malaysia
Kepimpinan Islam
Kertas Projek

Kursus Teras Bukan Wajib (Pilihan) :

Pengantar Pemikiran Politik Islam
Sejarah Perkembangan Politik Islam
Pengurusan Kualiti Perbandingan
Pengurusan Pentadbiran Perbandingan
Politik Pentadbiran Perbandingan
Politik Perbandingan
Gerakan Pembaharuan Politik Islam
Seminar Isu Politik Semasa
Politik Antarabangsa dan Dasar Luar Malaysia
Islam dan Ideologi Moden
Politik Muslim di Malaysia
Sistem Pentadbiran Islam
Seminar Isu Pengurusan Awam Semasa
Etika Ahli Politik Dalam Islam
Etika Penjawat Awam Dalam Islam
Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi Awam Islam


Sambung Disini

Al-Qiyadah dalam Islam  

Posted by admin multimedia in


Tidak dapat dinafikan bahawa manusia memerlukan kepada ketua. Tiada satu proses pekerjaan pun yang dapat berjalan tanpa ada ketua. Menafikan pernyataan ini umpama berada di dunia khayalan dan bertentangan dengan fitrah manusia.

Digambarkan pada kedatangan Rasulullah s.a.w. sebagai ketua. Sebagaimana dalam Firman Allah Ta’ala, bermaksud :

“Dan Sesungguhnya Kami telah mengutuskan seorang rasul pada tiap umat (untut menyerukan); “Sembahlah Allah (semata-mata), dan jauhilah thagut itu….”(Surah An-Nahl : 36)

Bererti dalam ayat tersebut, Allah menyatakan bahawa Rasulullah sebagai pemimpin utama kepada umatnya dengan dipertanggungjawabkan untuk menyeru kepada Allah. Bermula pada titik ini, membuktikan bahawa manusia itu memerlukan kepada Pemimpin/Ketua/Khalifah/Imam/Amir.

Kepimpinan yang diminta dalam Islam adalah untuk merealisasikan khilafah di muka bumi, demi mewujudkan kebaikan dan proses pengislahan terhadap umat di dunia. Ulama’ bersependapat bahawa kewujudan al-Qiyadah merupakan salah satu tiang agama, tanpanya agama tidak akan sempurna.

Dalam kitab Siyasah Syar’iyyah, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan ;

“Wajib diketahui bahawa mentadbir perkara manusia termasuk kewajipan agama teragung, bahkan agama tidak bernilai tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan umat manusia hanya akan dicapai dengan sempurna melalui perkumpulan, kerana satu sama lain saling memerlukan. Dan ketika berkumpul, mereka harus memiliki pemimpin.”

Kepimpinan yang dapat mencapai Khilafah Islamiyah adalah kepimpinan yang berpengaruh dan berkesan dengan mampu menunaikan tugasnya iaitu memberikan arahan dan petunjuk, mewujudkan sasaran jemaah, melakukan pengembangan dan pengukuhan kualiti jemaah, serta menjaga kesatuannya. Dan jenis kepimpinan yang paling khusus adalah kepimpinan bersifat mendidik (al-Qiyadah at-Tarbawiyyah).

bersambung.................


Sambung Disini

SISTEM NILAI DALAM PENTADBIRAN AWAM  

Posted by admin multimedia in



SISTEM NILAI YANG TERKANDUNG DALAM PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN AWAM

Ta’rif Nilai :
– Ditakrif sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.
– Kepercayaan yang boleh mendorong seseorang atau organisasi untuk bertindak mengikut nilai-nilai utama sesebuah masyarakat iaitu ilmu, kebijaksanaan, keadilan dan kecekapan.
– Pegangan yang mendorong seseorang atau organisasi untuk bertindak
• Rangka tanggapan yang membentuk dan mempengaruhi tingkahlaku
• Nilai boleh dikategorikan berasaskan agama, budaya, etika dan juga moral


Matlamat
• Matlamat pembentukan sikap dan amalan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam bertujuan
― meninggikan prestasi/kualiti ...
― meninggikan hasil pengeluaran
― melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab, bermoral & beretika
• Nilai/sikap berkait rapat dengan manusia yang menjadi aset sesuatu organisasi itu
• Pengenalan program yang berkaitan dengan nilai dan sikap memberi kesan dalam kemajuan perkhidmatan awam

Kepentingan
Sistem nilai penting untuk menunjukan:
→ perlakuan dan tindakan
→ asas kepada pembentukan sikap, tanggapan, motivasi dan personaliti
→ pengaruh yang kuat kepada kemajuan bangsa dan negara


Menurut Pandangan Islam
 Secara umum, memperlihatkan sesuatu yg baik itu adalh selari dgn fitrah manusia.
 Percaya bhw manusia dilahirkan dalam keadaan suci & suka kepada yang baik.
 Potensi jd baik lebih banyak berbanding jahat@buruk.
Kata tentera Muslim Madina :
“Kami ini pulang dari al-Jihadul-Asrar (Peperangan Kecil) dan kembali untuk menghadapi al-Jihadul-Akbar (Peperangan Besar)

STRATEGI:
1. Membetulkan
2. Mencegah
3. Membina

Nilai-Nilai
• Taat Setia
• Amanah, Bersih, Jujur
• Bertanggungjawab
• Berkecuali
• Adil dan saksama
• Prestasi yang cemerlang
• Ketepatan masa
• Perkhidmatan ramah dan mesra
• Berjimat cermat

TELAH DIBENTANGKAN OLEH MOHD SAYUTI , JABATAN SIASAH SYARIYYAH DALAM TUTORIAL
ETIKA PENTADIR AWAM ISLAM
PADA 10 SEPTEMBER 2009


Sambung Disini

PILIHAN BAJU KORPORAT LASIS  

Posted by admin multimedia

Di bawah ni semua jenis baju Lajnah Siasah bagi muslimat. harap semua dapat beri komen baju yang anda berkenan sahaja. Design baju yang mendapat pilihan terbanyak akan dijadikan pilihan sebagai baju rasmi Lajnah Siasah (LASIS) muslimat.

design 1:-




Design 2:-




Design 3:-


Design 4:-


Design 5:-



Design 6:-


Design 7:-



Design 8:-
Sama seperti design ke , namun berbeza warna pada:
1) lengan warna hitam
2) pergelengan tangan warna merah
3) line cuting badan warna merah
4) tengkok warna merah
5) badan warna putih

HARAP SESANGAT BERI KOMEN MANA SATU PILIHAN ANDA SEMUA....


Sambung Disini

BAI'AH...  

Posted by admin multimedia in

Bai'ah adalah suatu yang sangat penting didalam kepimpinan islam. bai'ah bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng oleh ahli-ahli jemaah Islam. Bahkan Bai'ah merupakan tali yang perlu diikat dengan utuh dan kukuh demi menjamin kelansungan kepimnpinan Islam itu sendiri.

Definisi Bai'ah
Perkataan Baiah berasal dari perkataan (باع), masdar atau kata terbitannya ialah (بيع) yang bererti jual. Menurut ensiklopedia Islam (edisi Bahasa Inggeris), Bai'ah merupakan suatu pilihan raya bangsa arab yang memberi kuasa pemerintahan kepada seseorang yang digelar AMIR. Manakala menurut Ibn Khaldun, Bai'ah ialah perjanjian taat setia yang mana orang yang berbai'ah atau pun bersumpah setia kepada pemimpin

bahawa ia akan menyelamatkan pandangan-pandangan yang dikeluarkan oleh pemimpin Islam sama ada disenangi atau tidak.

Menurut Kamis Lisan Al-Arab mentakrifkan jualan adalah lawan kepada pembelian. Al-Mufradat pula, makna barang yang diwangkan atau pun mengambil bayaran. Asal Bai'u bermaksud tanda persepakatan suatu barang jual beli antara dua pihak yang kemudiannya berkembang


Sambung Disini

LASIS JUARA DEBAT PMAPIUM (Hari Graduasi APIUM)  

Posted by admin multimedia in

15hb Ogos 2009, Kuala Lumpur - Lajnah Siasah Syar'iyyah(LASIS) yang diwakili oleh tiga orang pelajar Jabatan Siasah Syar'iyyah iaitu Zahiruddin, Mazmil dan Mastura telah berjaya merangkul gelaran sebagai juara dalam debat PMAPIUM. Debat yang bertajuk "Graduan APIUM Sekadar Keputusan, Antara Kualiti dan Kuantiti. Adakah Kita Yang Terbaik?" telah menemukan LASIS dengan pelajar dari Jabatan syariah Undang-Undang, APIUM.

Dalam debat tersebut LASIS diletakkan sebagai pencadang (kerajaan) manakala JSU sebagai pembangkang. Debat tersebut yang telah dimulakan oleh saudara Zahiruddin sebagai ketua pencadang telah menggoyahkan pihak lawan. Perdebatan semakin sengit apabila pihak pembangkang bersetuju dengan kenyataan pihak pencadang yang bahawasanya graduan APIUM adalah yang terbaik.

Pelbagai sudut telah disentuh dan diolah oleh kedua-dua pihak. Akhirnya, perdebatan yang berlangsung selama sejam itu akhirnya pihak pencadang telah menambat hati pihak juri yang terdiri daripada Ustaz Raja Hishamuddin, Istajib(Graduan APIUM)dan juri jemputan untuk dinobatkan sebagai juara DEBAT PMAPIUM sempena hari garduasi APIUM.
Baca Lagi


Sambung Disini

JOM KENAL KAMI ?  

Posted by admin multimedia in

JABATAN SIASAH SYARIYYAH merupakan salah satu jabatan dibawah Kursus Syariah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Jabatan Siasah Syariyyah @ singkatannya JSS ini terletak ditingkat 3 blokA , akademi pengajian islam. Kedudukannya disebelah pejabat pentadbiran telah menenggelamkan JSS itu sendiri. walaupun JSS tersembunyi, namun sejak akhir-akhir ini, JSStelah menjadi pilihan ramai pelajar-pelajar yang memasuki kursus syariah.

JSS ini mempunyai 5 orang pensyarah dan 2 orang tutor yang cukup berdedikasi. jss ini diketuai oleh Dr. Arni Bin Basir(bermula 1 september 2009) selepas Dr Bharuddin Che Pa yang sudah memegang jawatan ketua jabatan selama 6 tahun. Selain dari itu, salah seorang pensyarah di JSS ini merupakan bekas Timb Pengarah Akademi Pengajian Islam, Nilam Puri.

Jumlah pelajar di JSS lebih kurang 70 orang, dan semua pelajar JSS ini bernaung dibawah jawatankuasa yang digelar Lajnah Siasah Syar'iyyah (LASIS).LASIS bertanggungjawab sepenuhnya dalam semua kativiti-aktiviti pelajar di JSS ini. Bukan itu sahaja LASIS adalah platform pelajar untuk bersama-bersama pensyarah dalam segala aktiviti.


Sambung Disini

SALAM KENALAN  

Posted by admin multimedia in

Assalamualaikum kepada pelawat-pelawat laman siasah syari'yyah. Laman ini dibina adalah daripada inisiatif oleh Jabatan Siasah Syar'iyyah dalam menerangkan kepada ummah tentang politik dan juga pentadbiran.

Selain daripada itu, laman ini dibina untuk masyarakat membincangkan isu-isu semasa yang berlaku didalam dan luar negara Malaysia. Seperti kita sedia maklum, kecanggihan media elektronik dan juga jaringan. kebanyakan tempat mempunyai wireless (tidak kiralah P1 wimax, wifi), broadband dan yang terbaru ialah handphone 3G.

Oleh sebab itu, blog ketika ini menjadi medan menyampaikan mesej serta suara. Anak-anak muda lebih gemar membuka dan membaca blog-blog daripada membaca surat khabar. Apa tidaknya, surat khabar perlu dibeli dan kisah-kisah didalam akhbar menceritakan kisah semalam. Namun surat khabar online menjadi pilihan, bukan sahaja mudah tetapi maklumat yang diterima terkini dan sensasi.


Sambung Disini