Solat Hajat Perdana  

Posted by admin multimedia in

Tajuk : PROGRAM MOTIVASI & SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA PEPERIKSAAN (RESTU 09)

Tarikh : 21 / 10 / 2009

Masa : 6.30 P.M. - 10.00 P.M.

Tempat : SURAU AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

Agenda : Solat Maghrib, Ceramah oleh Ustaz Kamil, Ucapan Wakil Pelajar, Solat Isyak, Solat Hajat, Majlis Bersalaman dan Jamuan

DIJEMPUT MEMERIAHKAN MAJLIS YANG BARAKAH INI


Sambung Disini

APAKAH ANDA SEORANG PEMIMPIN?  

Posted by admin multimedia in

Ayuh Kita Teroka, Apakah Jenis Kepimpinan Anda. Samada ianya lebih kepada seorang pengarah, pemimpin atau ketua? Kita akan mengenalinya berdasarkan kepada cara pemilihan, sasaran, anggota, kekuasaan dan hubungan.

PEMILIHAN :

Pemimpin : Muncul dari dalam jemaah berdasarkan pengakuan spontan dari para anggotanya.
Ketua : Datang kerana suatu sistem dan bukan hasil pengakuan spontan.
Pengarah : Ia memperoleh jawatannya melalui pelantikan.

SASARAN :

Pemimpin : Bekerja untuk mewujudkan sasaran sepertimana yang dibentuk oleh jemaah.
Ketua : Bekerja untuk mewujudkan sasaran yang ia tentukan sesuai batas-batas kepentingannya.
Pengarah : Targetnya meraih kekayaan atau kehormatan.

ANGGOTA :

Pemimpin : Para anggota memilih pemimpin dan mereka menjadi pengikut.
Ketua : Para bawahan tidak dapat dikatakan sebagai pengikut, sebab mereka tidak menerima kekuasaan ketua sebagai pilihan mereka.
Pengarah : Kita tidak menyebut para anggota sebagai pengikut atau bawahan.

KEKUASAAN :

Pemimpin : Kekuasaan pemimpin adalah pilihan spontan dari anggota jemaah.
Ketua : Kekuasaan ketua datang dari kekuasaan luar jemaah.
Pengarah : Kadang kekuasaam itu datang dari anggota yang paling tua atau lebih senior.

HUBUNGAN :

Pemimpin : Seorang pemimpin berusaha bergaul dan bercampur dengan pengikutnya.
Ketua : Ada jurang dan jarak social yang sengaja dibuat antara ketua dengan orang bawahan.
Pengarah : Hubungannya berpandukan etika dan terikat dengan tugas.


Sambung Disini

Laporan Awal Kegiatan Pelajar Siasah  

Posted by admin multimedia in

Pada 8/10/2009 , 5.00 P.M. :

Program APK yang dijalankan oleh pelajar Siasah Syariyyah tahun 2 menampakkan hasilnya. Peserta menjual barangan kemas wanita seperti kerongsang, gelang dan subang. Selain daripada itu, terdapat juga pakain-pakaian yang dijual di gerai 42 antaranya Jubah wanita, T-shirt (wanita), Baju Kurung ala-ala datin dan towel. Disamping itu, produk kesihatan juga turut dijual iaitu produk HPA : Koko Radix, Kopi Radix, Kordial dan byk lagi. Produk kesihatan lain juga turut dijual, antaranya losyen herba sireh,losyen mustajab limau, sireh slim dan sireh puteri serta banyak lagi.


Tidak cukup dengan barangan-barangan eksesori, mereka juga mencuba untuk menjual Nasi Katok, Kentang Sarawak, dan lain-lain lagi. Turut hadir memeriahkan penjualan mereka ialah pelajar-pelajar dari tahun 3 iaitu Mazmil, Loqman, Fauzan, Habibah, Yusfaridah dan ramai lagi. Mereka juga mengharapkan kemeriahan penjualan mereka diteruskan dengan sambutan daripada pelajar tahun 1.

Salah seorang daripada peserta berkata :

Kalau nak losyen, barang HPA, herba-herba, semuanya ada di sini. Datang la....hehehehe...


Sambung Disini

KEGIATAN PELAJAR SIASAH  

Posted by admin multimedia in

ACARA : ASAS PEMBUDAYAAN DAN KEUSAHAWANAN
TARIKH : 8 - 9/10/2009
MASA : 9.00 A.M. - 5.00 P.M.
TEMPAT : GERAI 42, GAZEBO KOMPLEKS PERDANA SISWA, UNIVERSITI MALAYA
PESERTA : PELAJAR SIASAH TAHUN 2

BARANG JUALAN :

LOSYEN HERBA SIREH
WARISAN PUTERI


SIREH SLIM
COLLAGEN GEL
SERI PUTERI
SIREH SPA
XANZWHITE

KAIN TUALA
BAJU
KAIN TUDUNG (HANYA UNTUK WANITA)


BARANGAN HPA :

KOKO RADIX
LOSYEN MUSTAJAB LIMAU
HALIA
SABUN SUSU KAMBING
KORDIAL
KOPI RADIX
AROMA MASSAGE


PELBAGAI BARANGAN LAGI YANG TERDAPAT DI SINI!!!
HERBA??? LOSYEN??? MAKANAN??? MINUMAN???
SEMUANYA ADA, MURAH PULAK TU..................
!!! DATANGLAH BERAMAI-RAMAI !!!!


Sambung Disini

Jamuan Raya AidilFitri  

Posted by admin multimedia in

MAKLUMAN PENTING!!!

Tajuk : JAMUAN RAYA AIDILFITRI
Tarikh : 19/10/2009 (ISNIN)
Masa : 10.00 pg - 1.00 ptg
Tempat : Bilik Kakitangan (Sebelah Kafetaria)
Juadah : Nasi Tomato, Nasi Himpit, Satay, Kuah Kacang, Buah-buahan dan Minuman (oren/sirap/sarsi)
Pakaian : Baju Raya

JEMPUT DATANG KEPADA YANG BERGELAR AHLI LAJNAH SIASAH SYAR'IYYAH

!!! MAI BERAMAI-RAMAI !!!

"Godok Kupat Neng Ngisor Ondo, Godonge Nipah Di Gawae Atep, Salah Silap Ku Njaluk Ngapuro, Ketemu Neng Jamuan Royo Aidilfitri"


Sambung Disini

KURSUS SIASAH SYAR'IYYAH  

Posted by admin multimedia in

Kursus Teras Wajib :

Pengantar Sains Politik
Pegantar Politik Islam
Kaedah-kaedah Siasah Syar'iyyah
sejarah Pemikiran Politik Moden
Pentadbiran Politik dan Masyarakat Malaysia
Institusi Politik Islam
Pemikiran Politik Islam Perbandingan
Pentadbiran Kakitangan dan Organisasi
Perhubungan Antarabangsa Islam
Pentadbiran dan Dasar Awam Malaysia
Kepimpinan Islam
Kertas Projek

Kursus Teras Bukan Wajib (Pilihan) :

Pengantar Pemikiran Politik Islam
Sejarah Perkembangan Politik Islam
Pengurusan Kualiti Perbandingan
Pengurusan Pentadbiran Perbandingan
Politik Pentadbiran Perbandingan
Politik Perbandingan
Gerakan Pembaharuan Politik Islam
Seminar Isu Politik Semasa
Politik Antarabangsa dan Dasar Luar Malaysia
Islam dan Ideologi Moden
Politik Muslim di Malaysia
Sistem Pentadbiran Islam
Seminar Isu Pengurusan Awam Semasa
Etika Ahli Politik Dalam Islam
Etika Penjawat Awam Dalam Islam
Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi Awam Islam


Sambung Disini

Al-Qiyadah dalam Islam  

Posted by admin multimedia in


Tidak dapat dinafikan bahawa manusia memerlukan kepada ketua. Tiada satu proses pekerjaan pun yang dapat berjalan tanpa ada ketua. Menafikan pernyataan ini umpama berada di dunia khayalan dan bertentangan dengan fitrah manusia.

Digambarkan pada kedatangan Rasulullah s.a.w. sebagai ketua. Sebagaimana dalam Firman Allah Ta’ala, bermaksud :

“Dan Sesungguhnya Kami telah mengutuskan seorang rasul pada tiap umat (untut menyerukan); “Sembahlah Allah (semata-mata), dan jauhilah thagut itu….”(Surah An-Nahl : 36)

Bererti dalam ayat tersebut, Allah menyatakan bahawa Rasulullah sebagai pemimpin utama kepada umatnya dengan dipertanggungjawabkan untuk menyeru kepada Allah. Bermula pada titik ini, membuktikan bahawa manusia itu memerlukan kepada Pemimpin/Ketua/Khalifah/Imam/Amir.

Kepimpinan yang diminta dalam Islam adalah untuk merealisasikan khilafah di muka bumi, demi mewujudkan kebaikan dan proses pengislahan terhadap umat di dunia. Ulama’ bersependapat bahawa kewujudan al-Qiyadah merupakan salah satu tiang agama, tanpanya agama tidak akan sempurna.

Dalam kitab Siyasah Syar’iyyah, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan ;

“Wajib diketahui bahawa mentadbir perkara manusia termasuk kewajipan agama teragung, bahkan agama tidak bernilai tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan umat manusia hanya akan dicapai dengan sempurna melalui perkumpulan, kerana satu sama lain saling memerlukan. Dan ketika berkumpul, mereka harus memiliki pemimpin.”

Kepimpinan yang dapat mencapai Khilafah Islamiyah adalah kepimpinan yang berpengaruh dan berkesan dengan mampu menunaikan tugasnya iaitu memberikan arahan dan petunjuk, mewujudkan sasaran jemaah, melakukan pengembangan dan pengukuhan kualiti jemaah, serta menjaga kesatuannya. Dan jenis kepimpinan yang paling khusus adalah kepimpinan bersifat mendidik (al-Qiyadah at-Tarbawiyyah).

bersambung.................


Sambung Disini